Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Laba CIMB catat rekod paling tinggi tahun lalu

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz 4
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR 28 Feb. – CIMB Group Holdings Berhad menca­tatkan peningkatan keuntungan selepas cukai kepada RM3.56 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 berbanding RM2.85 bilion bagi tempoh sama tahun 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perolehan kumpulan tahun lalu melonjak kepada RM16.07 bilion berbanding RM15.40 bilion pada tahun 2015.

Kata beliau, jumlah tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicapai oleh syarikat di sebalik persekitaran ekonomi yang mencabar tahun lalu.

“Pertumbuhan berkenaan dipacu oleh segmen pengguna yang menyumbang 46 peratus peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM4.88 bilion. Selain itu, prestasi memberangsangkan tersebut turut dipeng­aruhi oleh peningkatan hasil faedah bersih dan pinjaman, masing-masing menyumbang 5.3 peratus dan 11.1 peratus.

“Perbelanjaan operasi me­ningkat satu peratus dengan nisbah kos kepada pendapatan semakin baik iaitu 53.9 peratus berbanding 55.6 peratus pada 2015. Pelaksanaan kawalan kos operasi secara berdisiplin bagi perniagaan kumpulan di bawah Strategi Sasaran 2018 (T18) mengukuhkan lagi kedudukan kami,” katanya dalam sidang akhbar pembentangan prestasi CIMB 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB, Shahnaz Jammal.

Tambah Tengku Zafrul, sumbangan operasi luar Malaysia terhadap keuntungan sebelum cukai kumpulan meningkat kepada 22 peratus berbanding 21 peratus pada 2015.

Katanya, PBT bagi operasi di Indonesia meningkat 134.6 peratus kepada RM922 juta dibantu oleh prestasi kewangan CIMB Niaga yang terus mengukuh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain