Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KWSP, UEM tiada hasrat jual PLUS

-

KUALA LUMPUR 12 Sept. – UEM Group Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd., tidak mempunyai rancangan untuk menjual pegangannya kepada Maju Holdings Sdn. Bhd.

UEM Group yang memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam PLUS dan KWSP (49 peratus) menerima surat hasrat bukan bidaan daripada Evercore Asia Ltd., mewakili Maju Holdings.

Menurut kenyataan bersama UEM Group dan KWSP, Maju Holdings yang dikawal oleh Tan Sri Abu Sahid Mohamad telah menyatakan hasrat untuk mengambil kepentingan kedua-dua syarikat itu di dalam PLUS sepenuhnya.

Jelasnya, kedua-dua syarikat tersebut tidak dapat mengulas lanjut kerana sedang mengkaji surat hasrat yang diterima.

“Pendirian semasa kami tetap sama iaitu tidak berniat untuk menjual kepentingan masing-masing,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, PLUS adalah anggota teras UEM Group sejak sekian lama dan syarikat itu akan terus memastikan PLUS menyediakan perkhidmatan yang baik serta infrastruktur jalan raya yang selamat kepada pelanggannya.

KWSP pada Ogos lalu menegaskan, pihaknya tidak bercadang melupuskan 49 peratus kepentingan dalam pengendali lebuh raya itu berikutan pelaburan dalam syarikat tersebut memberikan pulangan baik untuk dana pencen itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilaporkan berkata, PLUS merupakan antara pelaburan teras yang bersesuaian dengan profil syarikat dan memberi manfaat kepada 14 juta ahlinya.

“KWSP dan UEM Group telah melabur secara besar-besaran dalam mengembangkan rangkaian lebuh raya ini terutamanya di Lembah Klang,” katanya.

Menurut laporan media, Abu Sahid dikatakan sangat yakin untuk membeli pegangan saham itu yang bernilai kira-kira RM30 bilion atau lebih dan beliau telah bersedia bagi tujuan tersebut.

Pada Jun 2014, kerajaan menolak tawaran bekas Pengerusi Eksekutif Renong Bhd., Tan Sri Halim Saad untuk mengambil alih PLUS.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain