Harga saham KUB melonjak sebanyak 71 peratus kepada 41 sen pada pukul 2.36 petang ini berbanding 24 sen direkodkan pada 2 Januari lalu.

Menurut KUB, pihaknya tidak mengetahui tentang sebarang perkembangan korporat berhubung perniagaan yang belum diumumkan sebelum ini yang boleh menyebabkan aktiviti pasaran luar biasa (UMA).

“Kami juga tidak sedar tentang sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan kumpulan yang boleh menyumbang kepada UMA.

“KUB tidak menyedari akan sebarang penerangan berkaitan aktiviti dagangan tersebut,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, KUB mengisytihar bahawa syarikat mematuhi Keperluan Penyenaraian (LR) dalam Peraturan 9.03 berkaitan obligasi pendedahan serta-merta. - UTUSAN ONLINE