Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin berkata, antara pertimbangan yang dibuat adalah untuk dijual atau membangunkannya dengan kerjasama pihak ketiga.

Bagaimanapun katanya, berkemungkinan besar tanah berkenaan akan dijual.

“Kami menilai semua aset-aset yang ada secara konsisten. Kami telah menerima Arahan Pemba­ngu­nan (Development Order) daripada pihak berkuasa dan tanah itu dinilaikan tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan kira-kira RM245 juta.

“Buat masa ini kami ada membuat perbincangan dengan beberapa pihak yang berpotensi bagi pelupusan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran trak gas petroleum cecair (LPG) Mapac Group (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi KUB Gaz Sdn. Bhd., Datuk Ab. Rahim Abu Bakar serta Pengasas dan Pengerusi Mapac Group, P. Mathy.

Tambah Abdul Rahim, sekiranya memilih untuk membangunkan tanah berkenaan ia mungkin akan dilakukan secara usahasama kerana KUB bukan syarikat pemaju hartanah.

“Jika nilai yang ditawarkan untuk pelupusan adalah tinggi lebih baik kami jual. Syarikat tidak mahu mengambil risiko pemba­ngunan kerana di luar bidang kepakaran kami,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim memberitahu, pembinaan terminal sejuk beku LPG berkapasiti 50,000 metrik tan dijangka bermula pada suku pertama 2019.