Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin berkata, inisiatif Mapac itu akan meningkatkan lagi kecekapan pengedaran LPG kepada para pelangganya.

Katanya, pelaburan tersebut didorong oleh permintaan LPG yang semakin meningkat oleh pasaran domestik dan industri terutama di sekitar Lembah Klang.

“Mapac turut mengecat badan trak dengan warna tema dan logo baharu Solar Gas. Usaha ini selari dengan strategi penjenamaan semula oleh Kumpulan terhadap logo Solar Gas di seluruh negara.

“Langkah itu juga membantu meningkatkan kesedaran terhadap jenama Solar Gas dalam kalangan pelanggan selain mengukuhkan kedudukan KUB Gaz dalam pasaran LPG di Malaysia,” katanya dalam majlis pelancaran trak LPG oleh Mapac di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE