Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kos pembangunan semula IPC RM200 juta

Lakaran artis IPC Shopping Centre selepas kerja menaik taraf siap. 2
Lakaran artis IPC Shopping Centre selepas kerja menaik taraf siap. gambar hiasan

PETALING JAYA 31 Ogos –Ikano Corporation Sdn. Bhd. membe­lanjakan kira-kira RM200 juta bagi proses pembangunan semula IPC Shopping Centre (IPC) di Mutiara Damansara yang bermula sejak Februari lalu.

Pemangku Pengurus Pusat IPC, Karyn Lim berkata, ia bertujuan menambah baik pusat beli-belah berkenaan yang telah dibuka sejak 18 Disember 2003.

Katanya, proses pembangunan semula IPC yang meliputi tiga fasa itu akan memberi nafas baharu kepada reka bentuk dalaman dengan sentuhan konsep Scandinavian.

Jelas beliau, IPC yang diperbaharui akan dibuka semula pada akhir 2017 dan pihak pengurusan yakin perubahan itu bakal menjurus ke arah masa hadapan yang lebih besar, cerah dan hijau.

“Fasa pertama pembangunan semula ini merangkumi aras LG1 dan LG2 yang kini sudah selesai, ruang di aras LG1 diperbaharui dengan tema dan reka bentuk baharu berserta Foodland.

“Ruang ini menampilkan restoran yang menawarkan pelbagai hidangan makanan seperti Uncle Lim, De Irrfan Cafe dan Noodle Shack,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Selain itu, tingkat LG1 turut menempatkan tarikan terbaru di IPC iaitu Pusat Beli Semula dan Kitar Semula (RBBC) untuk kemudahan ramai.

IPC menjadi pusat beli-belah pertama di negara ini yang menyediakan kemudahan seperti RBBC dan menjadi penanda aras serta pemangkin untuk persekitaran mampan.

Menurut Lim, sistem pembersihan dan mencuci pinggan baharu turut diperkenalkan di Foodland sebagai inisiatif me­nu­ju ke arah kelestarian alam sekitar dengan penggunaan tek­nologi hijau.

“Usaha ini diketengahkan untuk memastikan proses pembersihan menjadi lebih selamat, efisien dan bersifat mesra alam,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain