Koperasi Utusan turut meng­u­-
mumkan Datuk Hassan Mohd. Noor kekal sebagai Penasihat koperasi, manakala jawatan Timbalan Pengerusi turut kekal di­sandang oleh Ariffin Nordin.

Pemilihan penjawat-penjawat baharu dalam Koperasi Utusan diputuskan melalui mesyuarat pertama Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang diadakan di pejabat Utusan Melayu di sini.

Dalam pemilihan hari ini, Lukman Ismail dilantik sebagai Setiausaha bagi menggantikan Nazri Che Om yang tamat perkhidmatannya, manakala Marhaini Kamaruddin juga dilantik semula sebagai Bendahari, kata koperasi itu dalam kenyataan akhbar hari ini.

Ahli-ahli Lembaga Kopera­si yang lain ialah Aznan Bakar, Mohd Radzi Mohd Zin, Muhamad Amirul Afiq Mastor, Saifulizam Mohamad, Rosli Abd Rashid, Rajmah Hasan @ Shirat, Laupa Junus, Jamdi Nasir, Saifol Bakhtiar Hamik, Wan Hasan Wan Ahmad dan Johardy Ibrahim.

Pemilihan ALK diadakan dalam Mesyuarat Agung Koperasi Utusan yang diadakan baru-baru ini.

Dalam mesyuarat hari ini, turut dilantik pengerusi biro-biro yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan koperasi se­perti biro keahlian, pengiklanan, perniagaan baharu, pinjaman, edaran akhbar, kebajikan/khairat, kedai (BizzMart).

Mohd. Ridzwan berkata, barisan ALK kali ini berazam untuk berusaha memastikan koperasi itu menjadi sebuah koperasi yang berjaya di negara ini dengan pelaksanaan pelbagai projek berdaya saing.

Antara projek yang dirancang ialah projek pengiklanan, edaran akhbar, pinjaman untuk ahli serta projek yang diadakan dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan syarikat pelaburan dari Hokkaido, Jepun.