KUALA LUMPUR, 26 September 2017 - Pengarah Eksekutif Pelaburan
Tengku Azmil Zahruddin

Pengarah Eksekutif Pelaburan Khazanah, Datuk Seri Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, program itu yang akan berjalan selama 28 minggu mahu menarik seberapa ramai bakat baharu dalam bidang keusahawanan di negara ini.

Katanya, untuk itu Khazanah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan program tersebut yang akan berakhir pada Mei 2018.

“Program ini tidak sahaja terhad kepada syarikat permulaan (start-ups) tetapi meliputi ke­semua peringkat terma­suk teknologi dan bukan teknologi serta sosial enterprise.

“Ia adalah selari de­ngan mandat yang diberikan kepada Kha­zanah untuk membangunkan modal insan negara dan menyediakan platform bagi mengembangkan idea ino­vatif kepada perniagaan yang berdaya saing,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Mereka yang berminat boleh memohon melalui www.khazanahneo.com.my dan perlu lengkapkan borang dalam talian serta memuat turun video yang berdurasi dua minit ke laman web berkenaan.

Di peringkat pemilihan, mereka perlu melalui sesi pitching selama lima minit dan diikuti lima minit sesi soal jawab. Sebanyak 90 pa­sukan akan dipilih daripada peringkat tersebut untuk menyertai sesi inkubasi melibatkan lima hari bootcamp.

Tengku Azmil Zahruddin berkata, hanya 30 pa­sukan yang terbaik sahaja akan meneruskan misi ke fasa pecutan (acceleration) yang akan berjalan selama 13 minggu dan dikendalikan oleh tiga rakan kongsi iaitu 1337 Ventures, Code Ar.my dan Watch Tower & Friends.

“Sebaik sahaja menyertai fasa ini, setiap pasukan akan menerima RM20,000 sebagai pertukaran bagi dua pe­ratus pegangan da­lam syarikat permulaan. Di akhir fasa ini, hanya sembilan hingga 12 pasukan sahaja akan memasuki fasa terakhir atau dikenali sebagai Demo Day.

“Kita akan memilih tiga peserta akhir yang akan menerima RM30,000 setiap satu. Malah, finalis berpeluang menyertai sesi rangkaian dengan syarikat-syarikat, pelabur-pelabur, mentor dan komuniti untuk melihat sejauh mana kemajuan dicapai setiap pasukan,” katanya.