Menurut Affin, perbankan komersial terus menjadi penyumbang utama kepada prestasi keseluruhan syarikat dengan Affin Bank Berhad berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM599.9 juta tahun ini berbanding RM457.5 juta pada 2015.

Jelasnya, Affin Islamic Bank Berhad turut mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 24.6 peratus kepada RM143.4 juta berbanding RM113.6 juta pada 2015.

“Pengambilalihan Hwang DBS Investment Bank Berhad pada 2014 dan menggabungkan dengan Affin Investment Bank Berhad untuk menjadi Affin Hwang Capital berjaya membentuk perkongsian strategik dalam bidang penyelidikan dan institusi perdagangan ekuiti yang mencatat perkembangan positif dengan keuntungan sebelum cukai Affin Hwang Capital adalah sebanyak RM129.8 juta.

“AXA Affin General Insurance Berhad pula berjaya mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM181.2 juta berbanding RM114.8 juta pada tahun kewangan 2015 dipacu oleh peningkatan premium lebih tinggi daripada sektor kesihatan dan perniagaan motor,” kata syarikat berkenaan dalam kenyataan di sini hari ini.