Ahmad Tifli Mohd. Talha
AHMAD TIFLI

Menurut FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Ahmad Tifli, 53, membuat keputusan itu bagi meneruskan peluang kerjaya yang lain.

Sehingga kini, tiga eksekutif tertinggi FGV telah meninggalkan syarikat itu susulan penyiasatan yang dilakukan terhadap amalan perniagaannya.

Pada September, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad telah meletak jawatan selepas digantung tugas ketika siasatan berjalan.

Syarikat tersebut mempunyai tiga ketua eksekutif berbeza sejak tawaran awam permulaannya (IPO) pada tahun 2012.

Saham FGV telah menurun kira-kira 70 peratus di tengah-tengah kritikan daripada para pelabur dan penganalisis tentang pengurusannya yang buruk. - UTUSAN ONLINE