Susulan itu, Lembaga Pengarah MRT Corp. yang bermesyuarat pada 14 Disember 2018 telah membuat keputusan untuk melantik Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Datuk Najmuddin Abdullah sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.

“Najmuddin akan memegang jawatan tersebut sehingga Ketua Pegawai Eksekutif baharu dilantik oleh Kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syarikat itu berkata, Shahril, yang mengambil alih pucuk pimpinan syarikat pemilik and pemaju Projek MRT Lembah Klang pada 5 Januari 2015, tidak akan melanjutkan tempoh kontraknya yang akan tamat pada 31 December 2018.

“Keputusan ini adalah untuk membolehkannya menceburi kerjaya yang lain,” katanya.

Sementara itu Shahril berkata, peluang yang diberi kepadanya untuk berkhidmat dan menerajui MRT Corp merupakan satu penghormatan yang amat besar.

“Saya akan sentiasa menghargai setiap detik semasa saya di MRT Corp, terutamanya detik-detik kemuncak seperti pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, dan pelancaran pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya,” katanya. - UTUSAN ONLINE