Beberapa syarikat yang turut serta dalam program pembidaan LSS baru-baru ini, mendakwa sekurang-kurangnya dua syarikat diluluskan oleh ST pada harga rujukan (reference price) 41 sen per kWh dan satu melebihi harga tersebut.

Dalam dokumen RFP, menurut sumber yang enggan dikenali berkata, memang tercatat harga panduan 41 sen per KWh.

“Sebelum itu, ST telah menolak bidaan syarikat yang didakwa meletakkan harga bidaan rendah daripada paras yang ditetapkan ST tersebut.

“Ketetapan 41 sen per kWh itu juga bermakna sesiapa membida harga melepasi paras itu juga patut ditolak bidaan mereka. Kenapa tak berikan sahaja kepada pembida yang berpengalaman dan membida dengan harga di bawah 41 sen per kWh?

“Dan semasa RFP, ST menyatakan kapasiti keseluruhan berjumlah 250MW tetapi semasa pengumuman pemenang bida, bertambah pula menjadi 310MW,’’ kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemain industri juga mendakwa, ada syarikat telah diberi ‘penganugerahan langsung’ yang ‘sama sekali bertentangan dengan konsep bidaan terbuka’.

“Malah, penganugerahan langsung itu didapati diberi kepada syarikat-syarikat yang tidak mempunyai rekod pengalaman dalam industri tenaga, dan dipersoalkan keupayaan mereka me­laksanakan projek berskala besar,’’ katanya.

Difahamkan, semasa proses bida, satu syarikat hanya dibenarkan mengemukakan satu bida sahaja, dengan ST akan meneliti pemilik sebenar entiti.

“Terdapat tiga pakej keseluruhannya iaitu P1, P2 dan P3 yang dilabel sebagai bidaan kompetitif pertama bagi Semenanjung Malaysia. Pemeriksaan Utusan Malaysia di dalam laman web Suruhanjaya Tenaga menemui senarai syarikat yang memenangi tender pada Disember lalu.

Pemeriksaan Utusan Malaysia di dalam laman web Suruhanjaya Tenaga menemui senarai syarikat yang memenangi tender pada Disember lalu.