Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kedai Asia labur RM1.18 juta

Anas Atarek Kamil  di hadapan cawangan pertama Kedai Asia di Jeddah
Anas Atarek Kamil di hadapan cawangan pertama Kedai Asia di Jeddah yang mula beroperasi pada 7 Januari lalu.

KUALA LUMPUR 1 Mac – Berikutan sambutan baik terhadap kedai runcit Malaysia pertama di Jeddah, Arab Saudi iaitu Kedai Asia, pengendali kedai runcit berkenaan berhasrat membuka cawangan kedua di Madinah pada penghujung tahun ini.

Pengarah Pemasaran Kedai Asia, Anas Atarek Kamil berkata, bagi tujuan itu, pihaknya melabur kira-kira RM1.18 juta yang turut menyediakan produk sejuk beku dan hidangan sedia dimakan berkonsepkan kedai serbaneka seperti yang terdapat di Eropah.

Menurutnya, Madinah dipilih berikutan kedudukannya yang menjadi tumpuan jemaah selain berdekatan dengan bandar-bandar besar lain yang mempunyai ramai penduduk Asia seperti Riyadh dan Yanbu.

“Antara hidangan sedia dimakan itu termasuk nasi lemak, roti canai dan nasi ayam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kedai Asia yang dibuka hasil kerjasama Husam Waksa Sdn. Bhd. dan M. Nazeyh Garah Est. menawarkan lebih 300 jenama produk makanan dan minuman yang popular di Malaysia seperti Adabi, Yeo’s, Kipas Udang, Boh Tea dan Life.

Turut ditawarkan adalah produk asli Melayu tradisional antaranya budu, tempoyak, cencaluk, pekasam dan belacan.

Anas Atarek menambah, sejak cawangan pertama dibuka di Jeddah pada 7 Januari lalu, Kedai Asia menerima lebih 2,000 pengunjung terutama rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Arab Saudi.

“Kita menerima maklum balas positif daripada pengguna yang menyatakan kunjungan ke Kedai Asia seolah-olah membawa mereka kembali ke Malaysia,” ujarnya.

Jelasnya, berikutan sambutan memberangsangkan itu, pihaknya bercadang untuk membuka cawangan-cawangan lain Kedai Asia, antaranya di Riyadh dan Jubail pada masa depan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain