Naib Presiden Jualannya, Ngo Wei Foo berkata, ia didorong oleh sam­butan menggalakkan daripada semua rangkaian produknya terma­suk penjagaan diri dan kesihatan.

Katanya, pihaknya juga yakin dengan sentimen perniagaan bagi separuh kedua tahun ini yang dijangka berkembang lebih baik di sebalik pelbagai cabaran.

“Setiap tahun kita mencapai pertumbuhan jualan antara enam hingga lapan peratus, jadi tahun ini kita berharap dapat mencapai sasaran seperti ditetapkan,” katanya pada majlis pelancaran Laurier serba baharu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Kao Malaysia, Masaki Fujiwara dan Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling serta dua pelakon terkenal, Elfira Loy dan Emma Maembong.

Laurier serba baharu dengan gaya dan penampilan lebih segar menggabungkan keperluan pengguna dan penyelidikan dan pembangunan inovatif.

Direka dengan mengambil kira keperluan dan kemudahan wanita, ia mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, terutama Ultra Absorbent Core turut memberi nafas baharu pada pembungkusannya.

Laurier serba baharu hadir dalam Perfect Comfort (Maxi dan Slim) dan Night Safe (dengan dan tanpa kedutan).

Sempena pelancaran itu, Kao Malaysia menganjurkan peraduan Made with Love yang memberi peluang kepada pengguna memenangi hadiah utama berupa percutian lima hari empat malam ke Jepun untuk dua orang lengkap dengan jurugambar peribadi.

Pelanggan hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20 dan rakam gambar Made with Love serta muat naik ke laman Kao Laurier Facebook dengan hashtag #LaurierMadewithlove.