Beliau juga bakal menyandang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Media Prima turut mengumum­kan pelantikan Amrin sebagai Pengarah Eksekutif, berkuat kuasa tarikh sama. 

Amrin menyertai Kumpulan Media Prima sebagai Ketua Pegawai Kewangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad pada November 2001 sebelum dilantik sebagai Ke­tua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima pada tahun 2003.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan lain se­perti Ketua Pegawai Eksekutif Natseven TV Sdn. Bhd. (ntv7) pada Januari 2006 dan Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad pada April 2008.

Menurut Media Prima, pelantikan Kamal sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima berkuat kuasa pada 2 Ogos 2017.

Kamal kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Tele­visyen Media Prima (RTMP) dan telah berkhidmat bersama Kumpulan sejak 2009.

Jelasnya, beliau telah memainkan peranan penting dalam perubahan dan pengembangan inisia­tif digital perniagaan RTMP dan sebelum menyertai Media Prima, Kamal pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009.

Kumpulan tersebut turut meng­umumkan pelantikan Farnida Ngah sebagai penyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan berkuat kuasa hari ini, menggantikan Mohamad Ariff Ibrahim yang menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos ini.

“Pihak Lembaga Pengarah te­lah mengkaji secara menyeluruh calon-calon dalaman dan luaran, dan berbangga Kamal telah mene­rima jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi dan penyandang bagi jawatan Pengarah Urusan Kumpulan.

“Beliau mempunyai kepakaran dan ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan untuk memacu Kumpulan ke hadapan selaras dengan pelan transformasi yang telah di­rancang. Pihak Lembaga Pengarah juga menjangkakan peralihan tugas yang lancar memandangkan pengetahuan komprehensif yang dimiliki Kamal dalam industri media,” jelas syarikat itu dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambah Media Prima, pelantikan Farnida sebagai penyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan adalah tepat kerana langkah tersebut akan memberi kesinambungan kepada strategi kewangan utama serta inisiatif pengoptimuman kos sedia ada.

Mei lalu Media Prima meng­umumkan pelan transformasi uta­ma yang bertujuan mengubah Media Prima menjadi sebuah syarikat dagang digital-dahulu (digital first commerce company) yang akan memanfaatkan Kumpulan, bagi menghadapi cabaran industri media secara keseluruhannya.