AirAsia dalam kenyataannya berkata, walaupun terdapat pertambahan kapasiti tempat duduk sebanyak 19 peratus, namun PLF sedikit menurun berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jelas syarikat itu, jumlah pesawat pula bertambah kepada 123 buah termasuk 87 buah di Malaysia (AirAsia Berhad), 15 buah di Indonesia (PT AirAsia Indonesia Tbk) dan 21 buah di Filipina (Philippines AirAsia Inc.).

“Di Indonesia penerbangan ber­­ope­rasi di tiga laluan baharu dengan dua di Medan dan satu di Padang. Filipina pula beroperasi di empat laluan baharu yang ke­semuanya bermula di Clark sejak lapangan terbang antarabangsa itu dijadikan sebagai hab.

“Operasi di Malaysia menyaksikan pertambahan kekerapan pe­nerbangan di 13 laluan dengan tujuh dari Kuala Lumpur, lima (Kota Kinabalu) dan satu (Johor Bahru),” katanya di sini hari ini.

AirAsia menambah kata, Indonesia merekodkan pertamba­han kapasiti kepada 1.39 juta te­ta­pi jumlah penumpang dibawa me­nyu­sut dua peratus kepada 1.12 juta disebabkan oleh aktiviti Gunung Agung.

Menurut AirAsia, jumlah penumpang dibawa untuk operasi­nya di Filipina meningkat 39 pe­ratus tahun ke tahun dengan pe­­ningkatan ketara kapasiti tempat duduk sebanyak 47 peratus.

Katanya, Thai AirAsia (TAA) mencatatkan PLF sebanyak 91 peratus dan membawa 5.64 juta penum­pang iaitu peningkatan 16 peratus tahun ke tahun mengatasi pertumbuhan kapasiti tempat duduk.

“Dalam suku pertama 2018 TAA telah menambah tujuh laluan baharu serta tiga buah kapal terbang. Air­Asia India (AAI) membawa 1.47 juta penumpang dan menambah enam laluan baharu yang bermula dari Bengaluru, Chennai, Goa dan Kolkata.

“AirAsia Japan (AAJ) mencapai faktor muatan sehingga 79 peratus meningkat 15 peratus perban­dingan suku ke suku. AAJ membawa 50,000 penumpang dan me­­miliki dua buah pesawat,” katanya.