G. GNANALINGAM
G. GNANALINGAM

Ketua Pegawai Eksekutif Westports, Ruben Emir Gnanalingam berkata, kerja-kerja pembinaan CT8 bagi projek pembesaran terminal Westports, telah siap sepenuhnya dan kini memasuki fasa bagi pembinaan CT9.

Beliau berkata, untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, pengendali pelabuhan itu te­lah mengendalikan sejumlah 6.8 juta TEU.

Katanya, bagaimanapun oleh kerana perubahan terkini dalam industri perkapalan kontena terutamanya de­ngan penggabungan dan pengambil­­alihan da­lam kalangan syarikat perkapalan kontena, jumlah kontena penghantaran yang di­kendalikan Westports pada suku tersebut lebih rendah pada 4.8 juta TEU.

“Pada perban­di­ngan antara suku ketiga semasa 2017 de­ngan suku sebelumnya, ke­se­luruhan jumlah kontena ber­kurangan sebanyak empat peratus tetapi untung untuk tempoh itu bertambah kepada RM150.8 juta di­sebabkan gabungan jumlah laluan yang lebih baik,” katanya dalam kenya­taan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Westports menca­tat­kan perolehan ope­­rasi sebanyak RM1.28 bilion bagi suku ketiga 2017 dengan operasi kontena kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah ber­kenaan.

Tambah Gnanalin­gam, Westports turut menyaksikan per­tum­buhan kukuh ba­gi segmen Intra-Asia sebanyak tujuh peratus dan segmen berkenaan kini menyumbang kira-kira 56 peratus kepada jumlah keseluruhan kontena yang dikendalikan kumpulan.