Promosi lebih besar dan menarik secara terus-menerus itu bermula hari ini hingga 11 November, termasuk tawaran tanpa Cukai Jualan dan Per­khidmatan (SST) daripada jenama terkemuka, dengan tawaran le­bih 1,000 produk, kempen harian selama tiga minggu, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11.

Selain itu, terdapat juga tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta untuk dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Shopee menjalin pakatan dengan le­bih 50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo, Tefal dan Maybelline untuk menyerap kos SST, yang membolehkan pengguna menambah penjimatan.

“Kami berbangga untuk berdiri teguh bersama 50 jenama tempatan terkenal untuk mengecualikan SST bagi Shopee 11.11 Big Sale.

“Di samping itu, kami telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga, rakan jenama serta penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran untuk membawakan tawaran luar bia­sa dan pengalaman beli-belah tiada tandingan pada musim beli-belah hujung tahun ini,” kata Ho pada majlis pelancaran semalam.

Shopee juga bekerjasama dengan Kuala Lumpur Fa­shion Week (KLFW) dan membawa pereka tempatan menjual produk mereka di platform termasuk Tarik Jeans, Poplook, JTNC oleh Justin Chew, dan MIKASERIES oleh Zoey Rahman.

Tawaran istimewa juga bagi produk selebriti oleh Da­tuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Da­nish, Emma Maembong dan Izara Aishah.

Sho­pee telah meningkatkan lagi kerjasama dengan peserta utama daripada pelbagai industri seperti Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka, FPX, Standard Chartered dan banyak lagi pada 11.11.

“Dengan pelbagai promosi yang tiada tandingan dan ciri-ciri menarik yang dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna, Sho­pee 11.11 Big Sale menekankan komitmen berterusan Shopee untuk membawakan pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada pengguna di rantau ini. Kami menjemput semua pembeli untuk bersama-sama merebut tawaran hebat di Sho­pee 11.11 Big Sale,” tambah Ho.

Maklumat lanjut mengenai jualan itu boleh didapati de­ngan melayari www.shopee.com.my/1111 atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma melalui App Store atau Google Play. – BERNAMA