Yakop Haron
YAKOP HARON

Pengurus Bangunan Larkin Sentral, Yakop Haron berkata, projek itu melibatkan pemasangan Sistem Tiket Berpusat, Sistem Operasi Terminal dan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat.

Beliau berkata, sejak 2003 hingga 2014, DASB juga te­lah membelanjakan sebanyak RM23.4 juta bagi menaik taraf bangunan Larkin Sentral.

“Kerja menaik taraf tempat letak kenderaan di sebelah pasar awam menjadi tempat parkir bertingkat yang dijangka bermula September tahun depan.

“Apabila siap kelak, kemudahan itu akan menambah tempat letak kenderaan sedia ada daripada 300 menjadi 970 lot,” katanya dalam sesi taklimat kerja menaik taraf bangunan Larkin Sentral di sini hari ini.

Projek menaik taraf tempat letak kenderaan tujuh tingkat itu menelan kos RM45.5 juta dan dijangka mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan.

Apabila siap, Larkin Sentral akan menyediakan sebanyak 1,400 tempat letak kenderaan termasuk 430 tapak parkir sedia ada di kawasan menunggu teksi.

Yakop memberitahu, DASB juga sedang menyediakan 20 lot kedai untuk disewakan kepada peniaga dalam kalangan ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah.