Gesaan itu dimuatkan dalam beberapa dokumen bertanda ‘bukan untuk penerbitan’ dan pengedarannya hanya berdasarkan ‘keperluan untuk mengetahui’ yang diperoleh AFP.

Dokumen itu jelas menyatakan hasrat Jakarta untuk tidak menerima peraturan baharu tersebut di dalam industri berkenaan yang mempu­nyai nilai dagangan sebanyak AS$35 bilion (RM136 bilion) setahun.

Malah, dokumen itu turut menggesa EU untuk menerima program kelestarian alam sekitar dijalankan oleh Jakarta, walaupun wujud kebimbangan berhubung kredibilitinya.

Indonesia dan EU mengadakan rundingan keempat dan terakhir bagi membincangkan isu-isu berkaitan perdagangan, pelaburan dan peraturan harta intelek bermula Isnin lalu di sini.

Jakarta juga mahu EU bersetuju bahawa satu pihak perlu membayar pampasan kepada pihak lain bagi sebarang kerugian ekonomi yang ditanggung semata-mata mengejar kema­panan alam sekitar.

Para aktivis alam sekitar juga mengatakan langkah Jakarta untuk menerapkan program kemapanan sendiri mencerminkan negara ini tidak serius untuk menangani kesan ekologi oleh sektor minyak kelapa sawit.

Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia telah mengkritik tindakan Parlimen Eropah yang melarang penggunaan kelapa sawit dalam biodiesel bermula 2021.

Kedua-dua negara menegaskan larangan itu akan menjejaskan komuniti luar bandar yang bergantung punca pendapatan dalam sektor perladangan kelapa sawit. – AFP