Pengarah Urusannya, Datuk Aishah Ahmad berkata, kini adalah masa terbaik untuk memiliki SUV kompak premium dengan tujuh tempat duduk tersebut ke­rana ia ditawarkan bersama pelan ansuran percuma sehingga 12 bulan.

Katanya, Discovery Sport yang dipacu enjin turbo diesel 2.2-liter, 190PS dan 420Nm digandingkan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan untuk memberikan kesempurnaan prestasi, kecekapan, penglibatan pemandu dan keupayaan di luar jalan raya yang tiada tolok bandingan.

“Discovery Sport yang dipacu enjin diesel menawarkan kombinasi kuasa, tork dan penjimatan minyak yang hebat untuk memberikan pemanduan luar biasa di atas jalan raya dan keupayaan luar jalan terbaik dalam kalangan kenderaan setarafnya yang selama ini mengangkat nama Land Rover.

“Setiap Discovery Sport 2.2L SD4 disediakan bersama jaminan 5 tahun atau 150,000 kilometer (km), penyenggaraan berjadual percuma selama lima tahun atau 80,000km dan bantuan tepi jalan tiga tahun, yang mana lebih awal,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Discovery Sport 2.2L SD4 ditawarkan pada harga RM450,000 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST), tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Jelasnya, reka bentuk berani dan progresif Discovery Sport menggabungkan susunan tempat duduk lima tambah dua dan kejuruteraan.