Menurut syarikat pemaju hartanah itu, IWH memerlukan tempoh masa tambahan untuk menyelesaikan perbincangan mengenai proses korporat.

“Lanjutan ini amat diperlukan bagi membolehkan pemegang saham utama IWCity, IWH berun­ding dengan baik dan melaksanakan perjanjian jual beli (SPA) definitif dengan vendor-vendor berkaitan di penstrukturan semula ini.

“Untuk itu, sebarang perkembangan mengenai SPA ini akan diumumkan kemudian,” jelasnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Menurut laporan tahunan IWCity, IWH memiliki 38.35 peratus dalam IWCity setakat 31 Mac 2017. Tan Sri Lim Kang Hoo merupakan pemegang saham utama.

Pada 8 Mac lalu, IWCity dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu IWH telah mengemukakan cadangan penggabungan dengan IWCity menerusi pertukaran saham.

Selain itu, ia turut bercadang untuk melaksanakan penstrukturan semula termasuk pengambilalihan bagi aset hartanah Kang Hoo.

Pada 3 Mei lalu, Perjanjian Penjualan Saham (SSA) yang di­tandatangani bersama IWH dan China Railway Engine­e­ring Corperation (M) Sdn. Bhd. (IWH-CREC) terbatal serta-merta ekoran kegagalan konsortium itu memenuhi syarat pembayaran, walaupun tempoh bayaran telah dilanjutkan berulang-kali.

SSA yang dimulakan pada 31 Disember 2015 itu melibatkan penjualan 60 peratus modal berbayar dan diterbitkan dalam Bandar Malaysia kepada IWH-CREC.