Hayashi yang mengetuai Honda Malaysia selama satu setengah tahun akan menggalas peranan baharu sebagai Pengurus Besar, Bahagian Operasi Luar Negara (Amerika), Operasi Serantau (Amerika Utara) di Honda Motor Co. Ltd. di Jepun.

Ishiyama, 48, ketika ini adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Cars (Pakistan) Ltd. dan telah berkhidmat di Honda selama 25 tahun meliputi pelbagai peranan di Jepun, Amerika Syarikat, Thailand, China dan Pakistan.

Semasa bertugas di Thailand dan China, Ishiyama meluangkan banyak masa dalam memahami pasaran tempatan berhubung dengan kereta.

“Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam penyelidikan pasaran dan perancangan produk, Ishiyama mempunyai kelebihan ke arah memastikan momentum Honda Malaysia terus kukuh di tempat pertama kategori jenama segmen bukan nasional.

“Beliau akan terus memberi tumpuan kepada jumlah kecemerlangan dalam produk dan pengalaman pelanggan untuk memastikan kegembiraan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ishiyama percaya strategi yang dilaksanakan oleh Hayashi akan melihat Honda Malaysia merekodkan pencapaian baharu itu mencapai sasaran 100,000 unit jualan bagi tahun ini.

Syarikat itu merekodkan penguasaan pa­saran tempatan tertinggi dalam sejarah pada Mac 2017 sebanyak 20.5 peratus.

Honda Malaysia mencatatkan 100,000 unit jualan pada tahun fiskal April 2016 hingga Mac 2017 dan juga meraikan unit pengeluaran yang ke-600,000.