Instagram
 

Menurut Naib Presiden Penyelesaian Pemasaran Global Facebook, Carolyn Everson, daripada jumlah itu, sebanyak 500 juta daripada penggunanya merupakan pengguna harian aktif.

"Ini bermakna Instagram kini berada di hadapan pesaing kami, Snapchat dari segi pengguna. Snapchat memiliki sekitar 173 juta pengguna aktif setiap hari," katanya dalam satu majlis bersempena minggu pengiklanan di sini hari ini.

Pengumuman yang dibuat itu mengukuhkan lagi Facebook yang juga pemilik Instagram sebagai syarikat pengiklanan dalam talian paling dominan.

Everson berkata, masa yang diluangkan bagi menonton video di Instagram juga meningkat lebih 80 peratus tahun ke tahun, dan video yang dihasilkan di aplikasi berkenaan juga meningkat empat kali ganda berbanding tahun lalu.

Jumlah pengiklan juga meningkat dua angka sejak Mac, menjadikan asas pengiklanan kami sebanyak 2 juta ketika ini," katanya. - AGENSI