Iklan berdurasi empat minit satu saat itu yang padat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan mencatatkan hampir dua juta tontonan dengan lebih 5,000 Like di YouTube.

Ia memaparkan kisah gadis kampung bernama Aida yang mencari rezeki di Kuala Lumpur, membuat persiapan hari raya dalam kesibukan menyiapkan tugasan di pejabat.

Senarai iklan yang disiarkan oleh Google Malaysia itu dinilai berdasarkan kepada kombinasi populariti dan promosi, sekali gus mengiktiraf tahap kreativiti dalam industri pengiklanan Malaysia.

Sementara itu, iklan KFC bertajuk ‘KFC Kaki Unite: Finger Licker’ berdurasi 39 saat muncul di tempat kedua iklan paling popular dengan lebih sejuta tontonan dan hampir 400 Like.

Menduduki tempat ketiga teratas ialah iklan Samsung Malaysia berjudul ‘Samsung Pay: Secure Transaction’ yang mencatatkan hampir 800,000 tontonan dan lebih 1,000 Like.

Jenama lain yang turut berada dalam carta 10 iklan paling popular di YouTube setakat Jun lalu ialah MyEG, McDonalds, Hyundai Malaysia, Wildan, Oppo, Honda dan Qdees.