Sarah Moktar, 61, yang mene­tap di Sungai Buloh, Selangor berkata, dia sangat gembira apabila pihak HDS menelefon dan memaklumkan kemenangannya kerana hadiah wang tunai itu dapat membantu menampung perbe­lanjaan hariannya.

“Penganugerahan ini sangat bermakna bagi saya. Saya amat berterima kasih kepada pihak Best Products dan menyarankan agar lebih ramai rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang me­nyertai kempen ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Sarah, Marek Mohamad, 62, dari Pontian Johor diumumkan pemenang kedua dalam kempen itu yang membawa pulang wang tunai RM30,000, sementara Azeman Abu Bakar, 41, di tempat ketiga memenangi wang tunai bernilai RM3,999.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling berkata, kempen kali ini lebih istimewa kerana tempohnya singkat yang mana pelanggan tidak perlu menunggu lama seperti kempen terdahulu selama dua atau tiga bulan.

“Kempen promosi hanya sebulan ini akan terus berlangsung sehingga pihak syarikat mengambil keputusan untuk kembali semula pada tempoh asal kempen dua atau tiga bulan sebelum mendapat pemenang.

“Saya menyarankan para pe­langgan Best Products untuk merebut peluang bagi menyertai kempen promosi yang telah dipendekkan tempohnya ini sebagai penghargaan untuk mening­katkan peluang untuk menang,” ujarnya.