Acara itu telah diserikan de­ngan kehadiran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Penaung Diraja anugerah tersebut yang telah berkenan mencemar duli ke majlis Utusan Business Award.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahidi Hamidi juga hadir pada majlis anugerah yang diadakan di ibu negara.

Sebagai institusi media yang telah wujud selama kira-kira 80 tahun, sudah tiba masanya Kumpulan Utusan memberikan penghargaan kepada syarikat-syarikat yang banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

“Anugerah ini juga menunjukkan Kumpulan Utusan sentiasa menyokong pertumbuhan komuniti perniagaan di negara ini sekali gus meletakkan penanda aras bagi industri masing-ma­sing,” kata Pengarah Uru­san Kumpulan, Datuk Noordin Abbas.

Anu­gerah tersebut me­­­­­nam­pilkan 37 ka­te­go­ri dengan 25 ka­tegori bagi mengiktiraf ke­ce­merlangan indus­tri, sem­bi­lan kategori kece­mer­langan kepim­pi­nan dan tiga kategori bagi pen­ca­paian sepanjang hayat.

Tokoh korporat yang pernah memenangi Anugerah Sepanjang Ha­yat adalah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Pengasas dan Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing dan Pengerusi Westports Malaysia Sdn. Bhd. (Westports) Tan Sri G. Gnanalingam.

Kemuncak pada anugerah Bisnes Utusan itu ialah Anugerah Tokoh Negarawan Ulung yang diberikan kepada arkitek pembangunan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang disampaikan kepada isterinya, Tun Rahah Mohammad Noah.

Tahun ini, Kumpulan Utusan mengadakan acara ini sekali lagi Utusan Business Awards 2017 dan membuka pencalonan kepada semua sektor swasta dan awam negara ini untuk turut serta. Pencalonan dibuka sehingga 23 Februari ini.

Maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada Sekretariat Utusan Business Awards 2017 di talian 03-8070 7666, faks 03-8070 0666 atau e-mel [email protected] atau layari laman web www.utusanawards.com.