huawei1

Duo Security berkata, daripada semua peranti Android di pasaran, 32 peratus terdedah kepada serangan dan ancaman kerana mereka beroperasi dengan versi OS yang sangat lama.

Bagi peranti yang lain, Duo Security mendakwa bahawa lebih daripada separuh iaitu 51 peratus masih beroperasi dengan OS Android tanpa versi keselamatan yang terkini. Ini bermakna, dari semua peranti, hanya 17 peratus sedang beroperasi menggunakan versi OS yang dilindungi dan dikemaskini.

Duo Security menambah, berdasarkan data mereka, 3 daripada 10 peranti Android terdedah kepada 24 serangan dan ancaman kritikal yang telah di tangani Google sejak awal tahun ini.

Kelewatan dalam mengaplikasikan kemaskini sekuriti kritikal ini wajar di letakkan pada OEM, yang bertanggungjawab dalam mengintegrasi penambahbaikan Google ke dalam Android mereka.

Huawei mendahului dari segi sekuriti Android

Duo Security juga mengatakan bahawa OEM yang terbaik dari segi sekuriti ialah Huawei, yang boleh berbangga dengan kemaskini sekuriti Android terkini kepada 77 peratus peranti mereka.

Jika berdasarkan bilangan peranti yang dijual, Huawei mungkin berkedudukan ke-5, selepas Samsung, LGE, Motorola dan HTC. Tetapi peranti yang mempunyai jualan tinggi tidak semestinya mempraktiskan ciri keselamatan yang baik.

huawei2

Ini boleh dilihat pada carta dari Duo Security di bawah, Huawei jauh mengatasi Samsung dari segi ciri-ciri keselamatan walaupun Samsung mempunyai 60 peratus penguasaan pasaran.

"Pengeluar dan syarikat telekomunikasi perlu bekerjasama untuk membawa kemaskini automatik kepada pelanggan mereka," Wakil Duo Security, Olabode Anise berkata. "Dengan berbuat demikian, mereka dapat meringankan beban pengguna dan pentadbir IT. Ini menyukarkan serangan dan ancaman, seterusnya memberi prestasi OS yang lebih baik untuk pengguna tanpa mengorbankan produktiviti perniagaan."

huawei3

Sumber: Softpedia