Jasani Abdulah
Jasani Abdulah

Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Jasani Abdullah berkata, melalui perjanjian itu juga HLISB akan mendapat akses kepada 1,600 syarikat yang sudah dan bakal berdaftar di bawah program Teras.

Jelas beliau, HLISB turut mempromosikan program-program Teras kepada pelanggannya yang sedia ada dalam kalangan syarikat bumiputera.

“Setiap tahun HLISB menya­sarkan untuk menyediakan pembiayaan ini kepada 20 hingga 30 syarikat Teras yang berdaftar. Kami akan menilai syarikat-syarikat ini berdasarkan potensi pengembangan perniagaan dalam jangka masa lima hingga 10 tahun selain keupayaan untuk memasuki pasaran luar negara.

“Antara fokus industri HLISB adalah sektor pembinaan dan infrastruktur, telekomunikasi, agrikultur, pembuatan dan teknologi hijau.

“Sektor-sektor berkenaan dipilih kerana keupayaan­nya yang tinggi dalam memudahkan penciptaan pekerjaan, kekayaan dan kesan berganda kepada ekonomi negara,” katanya dalam majlis pertukaran dokumen pembiayaan Dana Teras antara HLISB dan Teraju di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh dan Pengerusi HLISB, Datuk Dr. Md. Hamzah Md. Kassim.

Jasani menambah, daripada jumlah peruntukkan itu seba­nyak RM225 juta adalah dalam bentuk modal kerja yang mana syarikat-syarikat boleh menggunakan dana tersebut bagi tujuan pembelian bahan mentah, pembayaran kos perkhidmatan dan kegiatan import dan eksport.

“HLISB akan memperuntukkan sehingga 60 peratus daripada kemudahan tersebut kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera manakala selebihnya untuk syarikat bumiputera industri tengah,” ujarnya.

Dalam pada itu Jasani berharap dalam pembentangan Bajet 2018, kerajaan akan melanjutkan tempoh Skim Pembiayaan Syariah SME (SSFS) yang akan tamat penghujung tahun ini.

“Kami masih terlibat aktif de­ngan skim tersebut dan mempunyai masa beberapa bulan sahaja sebelum tempoh dana itu tamat. Ini adalah harapan kami dan industri perbankan Islam yang mahukan pihak kerajaan menyam­bung tempoh dana berkenaan sehingga tahun depan,” katanya.