Bagaimanapun semua model Honda yang lain tidak terlibat dengan panggilan semula itu.

Honda dalam kenyataannya memberitahu, masalah itu timbul apabila penstabil bar hadapan tidak dikenakan kawalan suhu yang cukup semasa proses pengeluaran.

Jelasnya, keadaan tersebut mengakibatkan penstabil bar hadapan tidak kukuh serta akan rosak apabila dikenakan tekanan yang kuat.

“Kerosakan pada bahagian berkenaan menyebabkan tayar tidak seimbang dan ketidakstabilan semasa memandu. Sehingga kini tiada laporan kemalangan dan kecederaan diterima berkaitan dengan isu berkenaan.

“Honda mengambil langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan kesal dengan kesulitan yang berlaku,” jelas kenyataan itu hari ini.

Honda menambah, semua penstabil bar hadapan yang rosak akan diganti baharu dan pihaknya menanggung semua kos yang terlibat.

Setakat ini Honda mempunyai 50 peratus stok alat ganti di seluruh negara dan 100 peratus pada November ini.

“Para pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat dan mereka diminta untuk menghantar kenderaan ke pusat pengedar sah Honda bagi tujuan pemeriksaan dan penggantian,’’ kata Honda Malaysia.