.

Honda Malaysia dalam kenyataannya berkata, City, Civic dan Jazz masing-masing menyumbang sebanyak 36 peratus, 19 peratus dan 16 peratus kepada jumlah jualan keseluruhan.

“Setakat ini model pemasangan tempatan (CKD) yang terdiri daripada City, Jazz, HR-V, BR-V, CR-V, Accord dan Civic menjadi peneraju dalam segmen masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Tambah Honda Malaysia, atas sokongan padu yang ditunjukkan oleh para pelanggan terhadap jenama Honda pihaknya akan melancarkan Kempen Seronoknya Membeli sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Ulang Tahun ke-70 Honda bermula 1 September hingga 31 Oktober.

Menurutnya, kempen tersebut terbuka kepada semua pelanggan Honda yang menempah kenderaan baharu untuk sebarang model antara 1 Ogos dan 31 Oktober serta mendaftarkannya pada 1 September hingga 31 Oktober.

“Para pelanggan diminta untuk menjawab soalan bagaimana slogan The Power Of Dreams mengubah hidup mereka. Soalan boleh dijawab dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris serta tidak melebihi 50 patah perkataan dan menghantar penyertaan melalui www.honda.com.my.

“Seorang pemenang cabutan bertuah dengan jawapan paling kreatif akan dipilih setiap minggu sepanjang tujuh minggu kempen berlangsung. Pemenang utama akan membawa pulang sebuah Honda City,” katanya.

Katanya lagi, 17 pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah tempat kedua iaitu sistem teater rumah Sony Blu-ray sementara 277 pemenang lagi akan mendapat barangan eksklusif Honda Malaysia.

“Hadiah akan diberi secara mingguan bermula minggu ketiga bulan hadapan.

“Kempen ini merupakan tanda penghargaan Honda Malaysia kepada para pelanggan yang telah memilih jenama kami sebagai pilihan nombor satu mereka,” ujarnya.