Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, jumlah itu merupakan yang tertinggi sejak penubuhan Honda Malaysia pada 2003.

Menurut beliau, Honda juga memegang rekod jualan kenderaan paling banyak bagi kategori pengeluar kereta bukan nasional.

“Lembah Klang dan Putrajaya menyumbang 47 peratus kepada jualan ke­seluruhan. Tahun 2017 bermula dengan baik apabila kami berjaya mencapai pengeluaran sebanyak 600,000 buah kenderaan melalui pemasangan tempatan (CKD).

“Pada penghujung tahun pula maklumat dalaman kami menunjukkan penguasaan pasaran sebanyak 19 peratus iaitu peningkatan 3.2 mata berban­ding 2016. Selain itu, kami berjaya melepasi jualan 100,000 buah kenderaan dalam setahun,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambah Ishiyama, Honda Malaysia mahu mengekalkan tempat pertama bagi kategori pengeluar kereta bukan nasional dan kedudukan nombor dua bagi jumlah jualan kenderaan (TIV) keseluruhan dalam industri automotif negara.

Sehubungan itu, Honda Malaysia mengucapkan terima kasih atas kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama Honda.

Katanya lagi, kejayaan tersebut tidak dapat dicapai tanpa sokongan pelanggan selain kerjasama erat yang diberikan oleh rakan perniagaan dan kerajaan Malaysia.

“Tahun 2018 bakal menjadi sa­tu lagi kejayaan kepada Honda de­ngan pelbagai perancangan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu,” kata beliau.