Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLA, Loh Guat Lan berkata, dalam tempoh sama, HLA telah memenangi Anugerah Jenama Tahunan Yang Paling Berharga oleh Anugerah Jenama Terbaik Brandlaureate 2016-2017, dan anuge­rah Penginsurans Hayat Domestik Terbaik oleh Perbankan dan Kewangan Asia untuk tempoh 2 tahun berturut-turut di Majlis Anugerah Insu­rans Asia pada tahun 2016 dan 2017.

Beliau berkata, pencapaian memberangsangkan itu adalah hasil da­ripada pembangunan berterusan serta menyediakan penawaran produk yang terbaik dari segi nilai dan amalan terbaik industri yang dipraktikkan oleh syarikat.

“Pada tahun-tahun lepas, kita telah menyaksikan bilangan unggul dari segi pencapaian Million Dollar Round Table (MDRT) dan pada tahun ini jumlah ejen yang layak ke MDRT telah meningkat dengan ketara.

“Hakikat bahawa setiap tahun ejen-ejen kami berterusan me­nerima pengiktirafan untuk kece­merlang­an mereka di pentas antarabangsa dan ini ialah bukti kekuatan asas syarikat. Kami berharap pe­ningkatan positif ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ejen-ejen HLA telah diraikan dalam Majlis Anugerah Tahunan 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting di sini baru-baru ini.

Lebih 1,000 ejen menerima anugerah daripada pelbagai ka­tegori di majlis tersebut, terma­suklah May Lee Sue Wee, yang muncul sebagai Pemegang Rekod selama 10 tahun berturut-turut sebagai Juara Pengurus Agensi.

Penyampaian Anugerah Tahunan tersebut diadakan bersempena dengan konvensyen jualan HLA selama dua hari dengan kehadiran penceramah industri terkenal dari luar negara untuk perkongsian pe­ngalaman dan pandangan mereka.