Turut diadakan ialah Majlis Makan Malam Gala 2018 di Genting International Convention Centre.

Menurut HLA, pada tahun kewangan 2017/2018, HLA sekali lagi dinobatkan dengan anugerah Malaysia’s Domestic Life Insurer of the Year oleh Asian Banking and Finance dalam majlis berprestij Insurance Asia Awards 2018.

“HLA menerima anugerah tersebut selama tiga tahun berturut-turut selepas 2016 dan 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

AAP tahun ini bertemakan Mengiktiraf Kecemerlangan de­ngan lebih 600 individu yang mencapai prestasi terbaik menaiki pentas untuk menerima pengiktirafan masing-masing.

Di peringkat antarabangsa pula, 135 ejen HLA telah mencatat nama mereka dalam arena terkemuka Million Dollar Round Table (MDRT), dengan tujuh layak dalam memasuki Top of the Table (TOT) dan tujuh lagi dalam Court of the Table (COT) pada 2018.

Tahun ini, pengiktirafan ter­tinggi telah dicapai oleh May Lee Sue Wee sebagai Juara Pengurus Agensi, Jacky Chin Chun Seong (Juara Master Builder Award), Pauline How Sze Wen (Juara Ejen) dan Marissa Zarina Dzulkipli (Juara Ejen Bumiputera).

Di samping itu, majlis pe­nyam­paian anugerah itu juga diadakan sempena konvensyen jualan HLA selama dua hari yang turut menjemput penceramah terkemuka industri dari luar negara untuk berkongsi pengalaman dan pandangan.

Acara tersebut adalah sebahagian daripada program pemba­ngunan profesional tenaga agensi HLA untuk menaik taraf kecekapan dan menggilap potensi ma­sing-masing.