CHEW HUAT SENG
CHEW HUAT SENG

Pengarah Urusan­nya, Chew Huat Seng berkata, struktur per­industrian negara per­lu diubah ke arah pembangunan pintar dalam usaha memastikan Malaysia tidak ketinggalan berbanding negara-negara lain di rantau ini.

Menurutnya, kunci utama kepada pembuatan pintar adalah mengadaptasi sepenuhnya teknologi IoT dalam operasi perniagaan menerusi sistem pengurusan tenaga pintar.

“Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih 60 tahun pengalaman dalam teknologi maklumat (IT), kami yakin dengan kepakaran dan teknologi yang dimiliki untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama dengan syarikat di Malaysia terutamanya dalam bidang pembuatan dan industri serta bangunan komersial.

“Sistem penguru­san tenaga adalah amat penting bukan sahaja boleh mengurangkan kos operasi, malah turut mening­katkan kecekapan se­sebuah syarikat terutama membabitkan ki­lang atau bangunan yang beroperasi tanpa henti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Perniagaan Penyelesaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (Rantau) Hitachi Asia Ltd., Rei Asakura dan Pengurus Besar Perniagaan Penyelesaian ICT Hitachi Asia (Malaysia), Kazumasa Hirata.

Hitachi merupakan sebuah syarikat Jepun yang bertapak di Malaysia dengan mempunyai 26 syarikat dan anak syarikat serta kira-kira 3,300 pekerja seluruh negara.

Mengulas lanjut, Huat Seng berkata, pembuatan pintar melalui sistem pengurusan tenaga juga amat penting kepada pembangunan negara dalam usaha menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0) dan menuju negara maju.

Walau bagaimanapun jelas beliau, penerimaan daripada pengurusan tertinggi setiap syarikat amat penting bagi mengadaptasi sistem berkenaan ke dalam operasi perniagaan syarikat.

“Inilah cabaran terbesar yang harus kami hadapi dalam usaha memperkenalkan sistem pengurusan tenaga dengan lebih meluas kerana kebanyakan syarikat merasakan mereka perlu berbelanja besar bagi menggunapakai sistem ini, sedangkan mereka boleh menggunakan sistem sedia ada cuma menggantikannya de­ngan platform digital baharu.

“Syarikat tidak perlu menukar platform sedia ada, hanya menggunakan sepenuhnya keupayaan sistem mereka dan meletakkannya dalam platform digital,” jelas beliau.