.
 

Menurut TM, pihaknya terlibat dalam beberapa sesi dialog berterusan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi berbincang me­ngenai ini­siatif itu.

Katanya, ini membuktikan sokongan syarikat terhadap aspirasi kerajaan berhubung perkhidmatan jalur lebar yang lebih murah dengan kadar lebih pantas bagi meningkatkan daya saing negara.

“Maklumat lanjut mengenai inisiatif tersebut akan diumumkan TM dalam tempoh suku berikutnya,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Rabu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa harga jalur lebar tetap di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.

Gobind berkata, ia berikutan pelaksanaan Standard Mandatori bagi Harga Capaian (MSAP) yang menetapkan harga borong yang boleh dikenakan penyedia per­khidmatan seperti TM.

“Pihak-pihak yang berkaitan kini dalam perbincangan mengenai penetapan harga borong dan proses tersebut dijangka berakhir pada Julai atau Ogos.

“Selepas itu pakej jalur lebar pada harga lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna,” katanya.

Perbincangan antara syarikat telekomunikasi juga akan diadakan mengenai kemungkinan rebat itu akan diberikan kepada pelanggan.