KUALA LUMPUR, 9 September 2017 -Wakil peniaga berdaftar dan juga
Zuraida Mohd. Zakaria

Menurut Penganalisis Pasaran Saham PM Securities Sdn. Bhd., Zuraida Mohd. Zakaria, jumlah itu sememangnya amat rendah bukan sahaja penglibatan mereka sebagai pelabur tetapi juga sebagai profesional.

Katanya, sewajarnya golongan wanita di negara ini sudah terdedah dan terlibat secara serius dalam dunia saham kerana mereka kini turut menjadi tunggak kepada ekonomi serta memainkan peranan penting dalam pemba­ngunan negara.

“Bagaimanapun, saya memahami terdapat beberapa kekangan yang perlu dilalui golongan wanita antaranya tanggungjawab pada keluarga, suami dan anak-anak agak membataskan masa mereka untuk terlibat dalam pelaburan saham secara serius.

“Namun, saya melihat de­ngan perkembangan teknologi yang kita ada pada hari ini, pasaran saham kini boleh dipantau hanya melalui telefon pintar tanpa mengganggu urusan harian mereka. Jadi, ini turut memberi kelebihan kepada golongan suri rumah kerana ada wanita yang tidak bekerja ini juga sebenarnya berpendidikan tinggi.

“Satu lagi halangan yang saya lihat, adalah terlalu banyak program berkaitan wanita dan kecantikan yang dihidangkan untuk wanita oleh stesen televisyen dan program berbentuk ilmiah dan profesional ini seperti pelaburan saham amat kurang sekali,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Simposium Saham Utusan 2017 di sini semalam.

Simposium itu dianjurkan kali pertama oleh akhbar terbitan Kumpulan Utusan, Utusan Malaysia dan dirasmikan Pengerusi Technology Park Malaysia yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Ia berjaya menarik lebih daripada 1,000 peserta untuk mempelajari selok-belok dunia saham. Selain menampilkan Zuraida yang merupakan kolumnis tetap Cikgu Saham setiap Rabu di UtusanBiz, simposium itu turut menampilkan tiga lagi penceramah untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dengan para peserta.

Penceramah lain termasuklah Pengurus Shariah & Gover­nance Islamic Capital Market, Bursa Malaysia Berhad, Muhammmad Hasanan Yunus; Penolong Pengurus Pasaran Data Jualan dan Pemasaran SI Portal.com Sdn. Bhd., C.Y Leow dan Konsultan AFIQ Training & Advisory, Suzaridi Maulan.
Ditanya mengenai penglibatan kaum bumiputera dalam dunia saham, menurut Zuraida yang mempunyai pengalaman 22 tahun dalam selok-belok dunia saham berpendapat, sekali pun ia menunjukkan perkemba­ngan yang baik tetapi kaum Cina masih mempunyai minat yang tinggi.

Katanya, antara kekangan yang dihadapi mereka ialah kekurangan modal dan tidak mampu membayar yuran selain kurangnya pendedahan dalam ilmu saham.

“Kita ada banyak peluang yang luas untuk bumiputera termasuk saham-saham patuh syariah tetapi kita tidak merebut peluang itu. Misalnya, dalam mana-mana program yang saya anjurkan, saya melihat kaum Cina lebih banyak bertanya soalan dan mempunyai minat yang tinggi berbanding orang Me­layu masih ketinggalan dari segi pengetahuan,” katanya.