Menurut Bloomberg, sebagai pulangan, Uber, aplikasi perkongsian kenderaan Amerika Syarikat (AS) itu akan memiliki pegangan sebanyak 27.5 peratus di dalam entiti gabungan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Grab, Anthony Tan berkata, pengambilalihan itu menandakan permulaan era baharu. Kedua-dua pihak merupakan peneraju bagi segmen platform dan kecekapan kos di rantau ini.

Katanya, pengambilalihan ter­sebut secara tidak langsung meng­akhiri proses perebutan kepimpinan dalam segmen per­khidmatan perkongsian kenderaan di Asia Tenggara.

“Grab bermula sebagai aplikasi menempah teksi di Kuala Lumpur pada 2012, kini menjadi antara penyedia perkhidmatan perkongsian kenderaan dominan di rantau ini.

“Sejak beberapa tahun lalu, Grab berjaya meraih pelaburan kira-kira AS$4 bilion (RM15.6 bilion) yang diperoleh daripada pelabur,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengambilalihan itu bukan sahaja menandakan kemenangan untuk Grab, malah buat SoftBank Group Corp, pemegang saham terbesar dalam kedua-dua syarikat.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi akan menyertai Lembaga Pengarah Grab yang berpangkalan di Singapura.