Naib Presiden Pembangunan Produk (AdWords), Jerry Dischler berkata, Google Attribution membantu pengumpulan dan analisa data serta keberkesanan pemasaran menerusi pelbagai saluran seperti video, kekerapan carian, media sosial dan aplikasi telefon pintar.

Jelas beliau, kempen pemasaran melalui saluran yang pelbagai menyukarkan syarikat untuk menilai sejauh mana keber-kesanan iklan me-nyebabkan mereka terlepas pandang beberapa maklumat penting.

“Kebanyakan alat pengukuran sekarang sukar untuk dipasang, mudah kehilangan jejak pelanggan apabila beralih peranti dan tidak diintegrasikan dengan alat pengiklanan hingga sukar untuk merancang strategi pemasaran yang kompetitif.

“Kami membantu pengguna untuk memahami strategi dan berkongsi pandangan bagaimana menambah baik strategi tersebut sekiranya digabungkan bersama. Produk ini adalah percuma dan sesiapa sahaja boleh menggunakannya,” katanya dalam sidang akhbar prapelancaran Google Atrribution di sini baru-baru ini.

Tambah Jerry, Google Atrribution berfungsi melalui integrasi dengan AdWords, Google Analytics dan DoubleClick Search untuk mengumpul data daripada pelbagai saluran pemasaran dan dianalisis untuk menunjukkan prestasi sebenar syarikat.