Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

HANOI 19 Mei – Gamuda Land mahu mengukuhkan kedudukannya di Vietnam dengan rancangan mengembangkan pelaburan dalam sektor hartanah di wilayah atau koridor utara bandar ini.

Chow Chee Fan
Chow Chee Fan

Ketika ini Gamuda Land melalui subsidiarinya Gamuda Land Vietnam sedang membangunkan projek hartanah di koridor selatan Hanoi.

Projek dipanggil Gamuda City itu membabitkan pembangunan kawasan seluas 274 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) AS$3.5 bilion (RM15.14 bilion).

Pengarah Urusan Gamuda Land Vietnam, Chow Chee Fan berkata, rancangan pengembangan itu boleh dibuat melalui peningkatan bank tanah secara langsung atau kerjasama dengan syarikat pemaju tempatan.

“Kami melihat kepada peluang itu (pengembangan pelaburan). Wilayah terbabit berpotensi kerana ia terletak berhampiran dengan lapangan terbang.

“Malah, kerajaan Vietnam juga difahamkan sedang dan bakal membangunkan wilayah berkenaan sebagai pusat pentadbiran baharu berikutan pusat bandar Hanoi kini mengalami kesesakan pembangunan,” katanya di sini semalam.

Menurut Chee Fan, pertumbuhan pesat ekonomi Vietnam ketika ini semakin menarik minat pelabur luar untuk menanam modal di negara ini.

Beliau berkata, pertumbuhan pesat itu juga menyaksikan sektor hartanah di negara ini semakin berkembang seiring dengan peningkatan pendapatan rakyatnya.

“Peningkatan ini juga menyaksikan permintaan terhadap kediaman dan hartanah komersial turut meningkat,” katanya.

Jelasnya, pelaburan di Vietnam bakal memberi pulangan dalam tempoh jangka panjang kepada kumpulan.

Selain Gamuda City, Gamuda Land Vietnam turut membangunkan projek hartanah bercampur di Ho Chi Minh City iaitu Celadon City membabitkan kawasan seluas 82 hektar dengan GDV sebanyak RM5 bilion.

Celadon City dijangka siap sepenuhnya pada 2022 dan menyumbang kira-kira AS$110 juta (RM475.89 juta) kepada perolehan kumpulan tahun ini.

Gamuda City pula dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang dan menyumbang kira-kira AS$150 juta kepada kumpulan tahun ini dan 2018. – UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain