Selain itu, bagi hadiah Peraduan Utama pula menawarkan sebuah Perodua Axia 1.0 Advance Version-Automatic dan Yamahad R25 berserta hadiah-hadiah lain seperti motosikal, MacBook Air, Iphone, Ipad Mini, Samsung Galaxy Note 5 dan TV LED.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, MSAM 2016 yang masih mengekalkan tema ‘Pelaburan 360 PNB’ akan menampilkan pameran mega bercirikan inovasi dengan penglibatan 50 peserta melibatkan syarikat-syarikat kumpulan dan pelaburan PNB.

Katanya, dari segi rekod, MSAM yang mula dianjurkan pada 2000 telah menarik lebih 3.1 juta pengunjung dengan mencatatkan rekod baharu tahun lalu di Sibu, Sarawak iaitu 319,000 pengunjung.

“Dengan gabungan program pendidikan dan interaktif yang menghiburkan, saya amat berharap sasaran 150,000 pengunjung MSAM 2016 akan tercapai (anggaran penduduk daerah Tapah ialah 125,000 orang).

“Ini memandangkan pada kali pertama MSAM diadakan di Ipoh, Perak, ia berjaya menarik penyertaan 177,000 pengunjung,” katanya pada Majlis Jalinan Rakan Korporat MSAM 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia, Malayan Banking Berhad (Maybank), Datuk Hamirullah Boorhan; Pengarah Urusan Bahagian Harta Tanah Sime Darby Berhad, Datuk Ir. Jauhari Hamidi; Pengarah Urusan Kumpulan I&P Group Sdn. Bhd., Datuk Ir. Jamaludin Osman; Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Khor Chap Jen; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal Abdul Rahim dan Pengarah Pembangunan Korporat Chemical Company of Malaysia Berhad, Norzaimah Maarof.

Majlis itu juga dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Datuk Mohd. Najib Abdullah; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Hol­dings Berhad, Mohd. Din Merican; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd., Datuk Aminar Rashid Salleh; Pengerusi Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Datuk Ab. Latiff Abu Bakar.

Fasa pertama MSAM telah lengkap menjelajah ke bandar utama seluruh negara (kecuali Selangor) pada 2013 dan bagi fasa kedua pula, ia lebih tertumpu kepada lokasi yang lebih kecil untuk mendekati segenap lapisan masyarakat.