Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fitbit lancar jam tangan pintar Ionic

.

NEW DELHI 1 Sept. – Fitbit melancarkan model jam tangan pintar baharu iaitu Ionic dengan pertambahan pelbagai fungsi seperti penjagaan kesihatan dan pembayaran tanpa sentuhan.

Menurut Portal Gadget 360 yang memetik kenyataan Fitbit, Fitbit Ionic dilengkapi dengan sistem pengesanan global (GPS), degupan jantung, tahan tekanan air sehingga 50 meter, Fitbit Pay, muzik, paparan jam pelbagai dan bateri yang mampu bertahan sehingga empat hari.

Jelas kenyataan itu, peranti ber­ke­naan juga mampu untuk melakukan transaksi menggunakan American Express Cards, Mastercard serta kad debit dan kredit Visa.

“Selain itu, Ionic turut mempunyai teknologi sensor baharu iaitu SpO2 yang membolehkan peranti itu menganggarkan kan­dungan oksigen dalam darah,” jelasnya di sini baru-baru ini ini.

Menurut kenyataan itu lagi, prajualan Ionic boleh didapati di laman web Fitbit dan sebahagian penjual dalam talian, masing-masing pada hari Isnin dan Selasa depan.

Sebuah Fitbit Ionic dijual pada harga AS$299.95 (RM1,279) dan harga itu lebih mahal daripada sebuah jam tangan pintar keluaran Apple.

Sementara itu, penganalisis Wedbush Securities, Alicia Reese menjangkakan melalui pengenalan Ionic, Fitbit mampu mengusai sedikit pasaran jam tangan pintar Apple. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain