Zakaria Arshad
ZAKARIA ARSHAD

Menurut FGV, perjanjian berkenaan melibatkan pembe­lian 46.76 juta saham mewakili 100 peratus jumlah keseluruhan dan modal saham berbayar daripada FGV.

Katanya, penyelesaian ke­pen­tingan dalam APL itu te­lah diperoleh oleh Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn. Bhd. (FGVPM) iaitu anak syarikat milik penuh FGVP mela­lui SSA bertarikh 27 Disember 2017.

“Transaksi yang dilaksanakan ini adalah amalan penyusunan semula kumpulan sekali gus menyaksikan APL menjadi anak syarikat langsung FGVPM dan anak syarikat tidak langsung FGV.

“Amalan ini dijangka tidak mempunyai sebarang kesan kepada jumlah dikeluarkan dan modal saham berbayar FGV.

“Ia juga tidak menjejaskan pemilikan saham bagi pemegang saham terbesar atau sebarang kesan material terhadap pendapatan, aset bersih atau gearan pada asas bersepadu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Presi­den dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad mengesahkan ada menjalankan siasatan dalaman berhubung isu pengambilalihan APL yang dimuktamadkan pada 2014 berikutan dakwaan ia dibeli dengan harga yang melampau tinggi hingga melebihi RM1 bilion.

Beliau mengulas laporan The Edge Weekly, 17 Disember lalu yang memetik sumber sebagai berkata, pengurusan dan lembaga FGV difahamkan mahu menjalankan siasatan terhadap pengambil­alihan APL dan apabila siasatan itu lengkap, kemungkinan akan me­nya­ksikan beberapa pengarah didakwa ketika proses pengambilalihan itu dijalankan.

Cadangan pembelian APL diumumkan pada Ogos 2014 dan FGV memuktamadkan pengambilalihan itu pada hujung Oktober tahun yang sama dengan RM628 juta.

Bagaimanapun, dengan me­ngambil kira liabiliti berjumlah RM388 juta, ini bermakna sya­-
rikat perla­dan­gan itu perlu mengeluarkan lebih daripada RM1 bi­lion semata-mata untuk membeli aset tersebut.

Dalam pada itu, FGV turut mengumumkan penyelesaian pelupusan 16 peratus kepenti­ngan ekuiti dalam AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) oleh Felda Marketing Services Sdn. Bhd. (Felma).

Katanya, pelupusan tersebut melibatkan 15.33 juta saham biasa mewakili 12.87 peratus modal saham berbayar Felma dalam AAGI kepada Affin Bank Berhad dengan pertimbangan tunai berjumlah RM180.54 juta.

“Baki 3.13 peratus atau 3.72 juta saham lagi telah dilupuskan kepada AXA Asia dengan pertimbangan tunai sebanyak RM43.84 juta,” katanya.

Felma merupakan anak syarikat dengan pegangan 51 peratus oleh Felda Palm Industries Sdn. Bhd. sekali gus merupakan anak syarikat dengan kepentingan 72 peratus oleh Felda Holdings Berhad yang juga anak syarikat milik penuh FGV.