Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

FGV perjelas kenyataan tidak tepat The Edge

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjelaskan beberapa kenyataan tidak tepat yang diterbitkan oleh akhbar perniagaan mingguan, The Edge Weekly.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, FGV berkata, bekas Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, tidak terlibat dalam meluluskan atau melaksanakan proses pembayaran Safitex Trading LLC.

FGV berkata, tidak ada satu pun kelulusan dan urus niaga berkaitan Safitex Tra­ding mempunyai tanda tangan Emir atau membuat sebarang rujukan kepadanya.

Kumpulan itu juga menjelaskan keputusan untuk memansuhkan cadangan pembelian 55 peratus pegangan dalam syarikat minyak makan China, Zhong Ling Nutril-Oil Hol­dings Ltd, bukan dibuat oleh Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad.

FGV berkata, ia disebabkan oleh syarat-syarat terdahulu (CP) dalam perjanjian jual dan beli yang tidak dapat dipenuhi dalam tarikh penyelesaian CP dan tidak dikecualikan.

“Lembaga memutuskan untuk membuat pengumuman mengenai perkara di atas pada 8 April, 2016. Pada Februari 2017, satu lagi cadangan untuk bekerjasama dengan Zhong Ling berkaitan anak syarikat FGV di China dimulakan oleh satu jawatankuasa kerja di bawah pimpinan Zakaria tetapi dibatalkan disebabkan oleh isu-isu pembiayaan,” kata kumpulan itu.

Mengenai langkah FGV tidak meneruskan urus niaga pembelian pegangan dalam PT Eagle High Plantations, kumpulan itu berkata, ia bukan keputusan yang diambil oleh Zakaria.– BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain