Khairil Anuar

FGV dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia memberitahu, berkuat kuasa pada hari ini, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga FGV yang ditubuhkan sebelum ini turut dibubarkan.

“Khairil Anuar yang merupakan anak kelahiran Felda Su­ngai Klah, Sungkai Perak telah berkhid­mat dengan Kum­pulan FGV sejak 2012,” jelas syarikat itu dalam kenyataan ber­kenaan hari ini.

Jun lalu, FGV mengumumkan Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Pengarah FGV, Datuk Dr. Omar Salim; Datuk Zafer Mohd. Hashim dan Ketua Logistik Kluster, Azman Ahmad akan mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Lembaga juga telah melantik Pengawal Kewangan Kumpulan, Sektor Perladangan, Aznur Kama Azmir sebagai Kumpulan Interim Ketua Pegawai Kewangan

Ini berikutan keputusan mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad bercuti berkuat kuasa serta merta.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha juga turut diarahkan bercuti.