Pihak berkepentingan tersebut termasuklah kakitangan Fel­­da, peneroka Felda (pekebun kecil), pembekal tandan buah segar (FFB) pihak ketiga dan kontraktor FGV.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, latihan itu merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk bergerak seiring dengan perkembangan terkini dalam isu-isu les­tari dan memacu perubahan di samping berusaha mencapai pertumbuhan jangka panjang bagi industri dan komuniti.

“Amat penting bagi kontraktor FGV untuk memulakan usaha kelestarian ini dengan syarikat bagi meraih manfaat untuk jangka masa panjang.

“Oleh itu, FGV telah menjalankan beberapa siri latihan kontraktor di Malaysia melibatkan lebih daripada 250 kontraktor bagi menambah baik amalan pengurusan tenaga kerja pada 2016 dan 2017,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Zakaria berkata, kontraktor dilatih mengenai amalan terbaik bagi mening­katkan produktiviti tenaga kerja dan menambah baik pentadbiran perkara berkaitan pekerja se­perti kontrak pekerjaan, gaji minimum, peralatan perlindu­ngan peribadi, perumahan dan kemudahan, insu­rans, pasport dan keperluan permit kerja.

“Peneroka Felda menyumbang sekurang-kurang­nya 40 peratus da­ripada bekalan FFB FGV kepada 70 kilangnya yang terletak di seluruh Malaysia.

“FGV juga melatih pekebun kecil persendirian yang membekalkan FFB kepada kilang mi­nyak sawitnya mengenai kua­liti penuaian FFB dan amalan pertanian baik lain yang relevan,” 
katanya. - BERNAMA