Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

FGV catat hasil RM17.28b

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Felda Global Ventures Hol­dings Berhad (FGV) mencatat perolehan sebanyak RM17.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, meningkat 11 peratus berbanding RM15.55 bilion tahun sebelum­nya.

Zakaria Arshad
Zakaria Arshad

Keuntungan sebelum cukai pada suku keempat 2016 juga menunjukkan pengukuhan berbanding RM195.7 juta pada suku sama tahun lalu dan peningkatan ketara berbanding RM3 juta yang direkodkan didorong oleh peningkatan harga minyak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad berkata, FGV akan terus melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kecekapan operasi termasuk pengurangan kos pentadbiran supaya kumpulan mampu mencatat prestasi kewangan yang lebih baik tahun ini.

Katanya, satu daripada langkah tersebut termasuklah rasionalisasi kumpulan secara menyeluruh bagi menangani lebihan kapasiti dan mengenal pasti faktor penggunaan (UF) beberapa aset teras yang telah mendapat persetujuan Lembaga Pengarah.

Beliau memberitahu, langkah tersebut bakal melibatkan penutupan empat kilang sawit, dua kilang pemprosesan getah dan sebuah kilang penapisan yang menyaksikan pengurangan kira-kira 600 pekerja daripada kese­luruhan pekerja FGV seramai 18,000 orang yang akan ditawarkan Skim Pelepasan Sepakat (MSS).

“Ini membolehkan penjimat­an kos sebanyak RM13.5 juta dan kumpulan telah membuat peruntukan sebanyak RM36.2 juta pada 2016 untuk inisiatif ini.

“Langkah ini diambil memandangkan kilang-kilang berkenaan sudah kurang nilai ekonomi untuk diteruskan. De­ngan melaksanakan inisiatif ini, faktor penggunaan kilang sawit ini akan meningkat kepada 80 peratus dalam tempoh jangka panjang,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan prestasi kewangan FGV di sini hari ini.

Inisiatif berkenaan selaras dengan Pelan Strategik FGV yang memberi tumpuan kepada keberkesanan operasi, memperkukuh rantaian sawit dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan bukan teras.

Selain itu, FGV juga akan menyelaraskan operasi teras kepada tiga sektor utama iaitu perlada­ngan, gula dan logistik bagi me­ningkatkan sinergi menerusi rantaian nilai sawit berintegrasi bagi bahagian huluan, pemprosesan dan aktiviti hiliran di bawah sektor perladangan.

Langkah penambahbaikan operasi dan pengurusan kos secara menyeluruh berjaya me­ngurangkan kos pentadbiran sebanyak RM127 juta pada 2016, melebihi daripada jangkaan awal.

Bagi tahun kewangan tersebut, FGV menghasilkan 3.9 juta tan metrik buah tandan segar (BTS) termasuk yang diperoleh daripada pihak luar yang menghasilkan 2.66 juta tan metrik minyak sawit mentah (MSM).

Zakaria menjangkakan perniagaan perladangan sawit akan pulih sepenuhnya tahun ini dengan pengeluaran BTS meningkat 600,000 tan me­trik menjadikan keseluruhan pengeluaran BTS sebanyak 4.5 juta tan metrik.

“Menjelang 2020, kami jangka pengeluaran BTS akan mencecah 5.3 juta tan metrik setahun dari ladang sedia ada, iaitu peningkatan 36 peratus dari tahun 2016. Malah, saya menjangkakan harga MSM akan berlegar sekitar RM2,600 hingga RM2,700 sepanjang tahun ini,” kata­nya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain