Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, pada masa ini, terdapat sebanyak 664 pasar tani beroperasi dengan melibatkan 28,574 peniaga.

“Sasaran tersebut selaras de­ngan strategi FAMA yang mahu meningkatkan taraf ekonomi petani tempatan, sekali gus me­ngurangkan penglibatan orang tengah dalam pemasaran hasil atau produk pertanian,” katanya selepas merasmikan tapak Pasar Tani Kota Damansara dekat sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Pengarah Bahagian Pasar Tani FAMA, Rosilawati Abu Hassan.

Pasar Tani Kota Damansara yang mula beroperasi semalam merupakan inisiatif bersama FAMA dengan Jawatankuasa Masjid Kota Damansara, menempatkan 40 peniaga termasuk 10 golongan asnaf.

Pasar tani itu turut mencatatkan sejarah sebagai yang pertama beroperasi dalam kawasan masjid di Selangor.

Sementara itu Badruddin memberitahu, FAMA memerlukan kerjasama para peniaga untuk menambah baik imej pasar tani, khususnya dari segi kebersihan.

“Kita tidak boleh mengabaikan aspek kebersihan dalam usaha memberi keselesaan kepada pe­langgan,” jelasnya.