Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

F&NHB labur RM31.5 juta di Sarawak

Abang Johari Tun Openg (dua dari kiri) diiringi Tengku Syed Badarudin
Abang Johari Tun Openg (dua dari kiri) diiringi Tengku Syed Badarudin Jamalulail (kiri) dan Julaihi Narawi (tiga dari kiri) melawat kilang pemprosesan suhu ultra tinggi milik Fraser & Neave Holdings Bhd. di Kuching, semalam. UTUSAN/ MD. AZRIN ROSLY

KUCHING 14 Mac – Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&NHB) yakin dapat memenuhi permintaan produk yang mening­kat di Malaysia Timur dengan pemasangan barisan pemprosesan suhu ultra tinggi (UHT) baharu bernilai RM31.5 juta di kilangnya di sini.

Barisan pemprosesan yang mula beroperasi pada Disember tahun lalu itu merupakan yang pertama di negeri ini, sekali gus membolehkan F&NHB memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Sabah dan Sarawak, kerana keupayaan mengeluarkan 3.4 juta karton setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Lim Yew Hoe berkata, pelaburan tersebut merupakan sebahagian daripada perbelanjaan modal lebih RM300 juta yang diperuntukkan untuk dua tahun bagi memastikan kelestarian perniagaan syarikat itu pada masa depan.

Katanya, langkah tersebut dijangka dapat membantu syarikat menjimatkan kira-kira RM2.8 juta untuk kos logistik bagi tempoh satu dekad yang akan datang.

"Pengeluaran setempat sentiasa menjadi keutamaan Kumpulan F&N yang membolehkan kami menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan untuk membantu lebih memahami keperluan pengguna di pasaran.

"Di samping itu, kami boleh mengurangkan keperluan untuk menghantar barangan siap dari Semenanjung ke Malaysia Timur yang mana akan mengurangkan jejak karbon," katanya berucap pada majlis pelancaran barisan pemprosesan UHT oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di kilangnya hari ini.

Yang turut hadir Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) negeri, Datuk Julaihi Narawi dan Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalulail.

Menurutnya, jualan di Sarawak dan Sabah juga buat julang kali dalam setahun berjaya mencapai jualan bernilai lebih RM300 juta yang mana menyumbang 13 peratus hasil kumpulan pada tahun lalu.

Sementara itu, Abang Johari berkata, pelaburan terbaharu itu menunjukkan keyakinan F&NHB terhadap kerajaan dan kestabilan di negeri ini.

Katanya, beliau juga menghargai langkah diambil F&NHB yang akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pendidikan untuk meluaskan inisiatif kitar semula dalam usaha memupuk amalan baik itu dalam kalangan pelajar di Kuching bagi edisi pertama.

Beliau turut mencadangkan syarikat berkenaan agar melihat penggunaan botol kaca yang mana Sarawak mempunyai banyak pasir silika untuk diproses dalam usaha memulihara alam sekitar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain