Proton berkata, Exora 2019 ditawarkan pada harga RM59,800 bagi Exora 1.6T Executive dan RM66,800 bagi Exora 1.6T Premium.

Katanya, Exora 2019 turut dilengkapi dengan sistem hiburan pintar, menjadikan Proton sebagai pengeluar pertama yang memperkenalkan ciri-ciri tersebut untuk segmen pasarannya.

“Bagi varian Premium 1.6T, kad eSIM yang terbina di dalamnya memastikan terdapat sambungan Internet mudah alih bagi memberi pengalaman multimedia yang tiada tandingan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE